HALAMAN

Thursday, December 11, 2014

HARIMAU MALAYA KE FINAL PIALA SUZUKI

KUANTAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah gembira di atas pencapaian skuad Harimau Malaya yang berjaya layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014.
Dalam separuh akhir kedua di Hanoi, malam ini, skuad negara menang 4-2 ke atas Vietnam dan layak atas agregat 5-4 untuk bertemu Thailand.
Dalam satu kenyataan media, beliau bersyukur dengan kejayaan berkenaan dan ia menepati sasaran ditetapkan oleh FAM yang mahu skuad kendalian Dollah Salleh itu melangkah ke perlawanan akhir.
"Terima kasih kepada Dollah Salleh dan pemain yang beraksi dengan semangat kental bagi memastikan Malaysia layak bermain di final," katanya di sini, sebentar tadi.



Beliau juga yakin Dollah dan anak buahnya akan berusaha untuk menunaikan hasrat peminat yang mahu skuad kebangsaan menjulang Piala AFF Suzuki iaitu kejohanan bola sepak berprestij di Asia Tenggara.
Kali pertama Malaysia memenangi piala itu adalah pada 2010 menerusi skuad dikendalikan Datuk K Rajagobal.
Skuad Harimau Malaya yang kalah 2-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam pada Ahad lalu, bangkit mencatat kemenangan selesa 4-2 pada aksi timbal balik di Stadium My Dinh di Hanoi, Vietnam malam ini.
Dalam perlawanan akhir timbal balik pada 17 Disember ini, Malaysia akan menentang Thailand yang sebelum ini menewaskan Filipina dengan agregat 3-0 di Bangkok, semalam.

3 comments:

aksarafendi said...

Doakan HM juara piala AFF

tunz said...

sama-sama kita doakan kejayaan HM di final

jonet said...

Many thanks for sharing this very good article. Very interesting ideas! sbobet88