KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh
yakin anak buahnya mampu menewaskan Thailand pada perlawanan akhir kedua
Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Beliau berkata, kehadiran penyokong yang ramai pada perlawanan itu
sudah tentu akan memberi tonik tambahan kepada pemain negara untuk
menampilkan aksi terbaik di laman sendiri.
"Saya mengakui bukan tugas mudah berdepan pasukan Thailand yang
mempunyai kelebihan dari segi stamina, selain mereka juga mempamerkan
corak permainan pantas. Namun beraksi di tempat sendiri, kita mesti
tampilkan sesuatu kepada penyokong," katanya pada sidang media
praperlawanan berkenaan di Petaling Jaya, hari ini.
Pengendali skuad kebangsaan itu berkata, beliau akan membuat sedikit
rombakan dalam kesebelasan utama selepas pemain berpengalaman Indra
Putra Mahayuddin terpaksa disisihkan berikutan kecederaan pada kaki
kirinya.
Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang optimis
pasukannya mampu meraih kejuaraan keempat kejohanan bola sepak serantau
itu dengan berbekalkan kelebihan dua gol daripada perlawanan akhir
pertama di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok, Rabu lepas.
Bekas pemain kebangsaan Thailand yang lebih dikenali sebagai 'Zico' itu
berkata, pasukannya akan mengekalkan corak permainan menyerang seperti
yang dipamerkan pada perlawanan akhir pertama yang lepas.
"Perlawanan esok sudah tentu hebat kerana saya difahamkan tiket
perlawanan sudah habis terjual. Kami belum selamat walaupun mempunyai
kelebihan dua gol," katanya.
Kiatisuk berkata, beliau membariskan ramai pemain muda pada kejohanan
berkenaan bagi mempersiapkan mereka menghadapi tiga kejohanan utama
tahun depan iaitu Sukan SEA di Singapura, pusingan kelayakan Sukan
Olimpik Rio 2016 dan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.
"Sebab itu, saya memberi mereka (pemain muda) peluang dan saya berpuas hati mereka menampilkan permainan yang baik," katanya.
Pada perlawanan akhir pertama Rabu lepas, Malaysia tewas 0-2. Skuad
Harimau Malaya muncul juara edisi 2010 di bawah bimbingan Datuk K.
Rajagobal.
Sementara, Thailand menjuarai kejohanan berkenaan pada 1996, 2000 dan 2002. - Bernama
Showing posts with label berita sukan. Show all posts

Saturday, December 20, 2014
final Piala Suzuki AFF
Labels:
BERITA AKHBAR,
berita sukan,
SUKAN
Sunday, December 14, 2014
AFC ambil alih kes penyokong Malaysia
KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) akan mengambil alih
kes kegagalan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengawal penyokong
pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah
Alam pada 7 Disember lalu.
Kes tersebut sebelum ini di bawah siasatan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang juga merupakan penganjur kejohanan dwitahunan tersebut.
Segelintir penyokong Malaysia bertindak liar mencederakan beberapa penyokong Vietnam selepas perlawanan yang berakhir dengan keputusan Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam.
Setiausaha AFF, Datuk Azzuddin Ahmad berkata beliau dimaklumkan oleh pihak AFC bahawa mereka akan mengambil alih kes tersebut dan FAM dikehendaki menghantar surat tunjuk sebab bagi menjelaskan perkara tersebut kepada AFC pada Isnin ini.
"Kita (AFF) tidak boleh campur tangan lagi, memandangkan bahawa bidang kuasa AFC adalah lebih besar kerana badan tersebut mewakili 46 ahli daripada negara-negara Asia walaupun AFF ada menghantar notis surat tunjuk sebab kepada FAM pada 9 Dis lalu," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Azzuddin berkata beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak FAM.
Beliau berkata berdasarkan pengalamannya FAM mungkin akan dikenakan hukuman denda atas kesalahan tersebut.
"Saya tidak fikir bahawa AFC akan mengambil tindakan lebih berat sehingga Malaysia dipaksa beraksi dalam keadaan stadium kosong tanpa peminat pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember nanti.
"Ianya adalah merupakan kesalahan yang tidak serius jika dibandingkan kes lain yang membabitkan pergaduhan yang lebih berat," kata Azzuddin.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tampil bantu siasatan kes serang penyokong]
Tindakan liar segelintir penyokong Malaysia baru-baru ini mendapat perhatian luas termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memandang serius perkara tersebut.
Khairy sebelum ini meminta maaf kepada penyokong Vietnam atas tindakan penyokong Malaysia yang mencederakan penyokong negara itu. - Bernama

berita sukan
Saturday, December 13, 2014
Stadium Bukit Jalil venue final Piala AFF Suzuki
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan Stadium
Nasional Bukit Jalil dijadikan venue bagi perlawanan akhir kedua Piala
AFF Suzuki 2014 antara pasukan Harimau Malaya dan Thailand pada 20
Disember ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan venue paling sesuai memandangkan perlawanan itu penting dan mampu menampung jumlah penonton yang besar.
"Kita menjangkakan semua tiket habis dijual nanti. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan venue terbaik kerana mampu menampung lebih ramai penonton iaitu seramai 90,000 penonton berbanding 70,000 penonton di Stadium Shah Alam," katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan padang di stadium itu bersama-sama Setiausaha Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) Datuk Azzuddin Ahmad.
Hamidin berkata, beliau dan Azzudin berpuas hati dengan keadaan rumput di padang stadium itu, yang dilihatnya lebih baik berbanding stadium di negara lain yang turut menjadi venue perlawanan Piala AFF Suzuki.
Sementara itu, Azzudin berkata beliau berpuas hati dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang disifatkannya sesuai untuk perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014.
"Walaupun ada beberapa kerja-kerja akhir, saya yakin dalam masa kurang seminggu, Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia menjadi gelanggang penentuan juara Piala AFF Suzuki 2014," kata Azzudin.
Bekas Setiausaha Agung FAM itu berkata, daripada pemerhatiannya, padang Stadium Nasional Bukit Jalil adalah 40 peratus lebih baik jika dibandingkan dengan gelanggang perlawanan sebelum ini termasuk My Dinh National Stadium di Hanoi, Vietnam yang menjadi venue perlawanan separuh akhir kedua antara pasukan Harimau Malaya dan Vietnam Khamis lepas.
Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata, beliau rasa gembira apabila akhirnya Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi venue utama Piala AFF Suzuki 2014 setelah pihaknya bertungkus-lumus berusaha membaik pulih rumput sejak sebulan lepas.
"Kedua-dua pihak FAM dan AFF memberi lampu hijau bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil memenuhi piawaian dan semua dapat melihat sendiri bahawa keadaan rumput bertambah baik daripada sebelum ini," katanya.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin mengarahkan Stadium Nasional Bukit Jalil ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih rumput susulan kerosakan yang berlaku selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 1 November lepas.
Kementerian mencuba dua jenis rumput iaitu 'Cow Grass' dan 'Bermuda Green Mountain' untuk padang stadium itu. – Bernama

BERITA,
BERITA AKHBAR,
berita sukan
Subscribe to:
Posts (Atom)