HALAMAN

Thursday, February 17, 2011

Awas!!! Berjogging Juga Boleh Membahayakan Kesihatan

 Biasanya orang akan memilih untuk berjoging apabila doktor memberitahu mereka supaya mula bersenam selepas mendapati tahap kolestrol mereka meningkat namun banyak yang tidak tahu senaman popular ini boleh menambah kesakitan pada tubuh seseorang dalam jangka panjang.

Seorang ahli fisioterapi, Bhalwant Singh Bains memberitahu peserta Persidangan Kebangsaan Persatuan Fisioterapi Malaysia 2007 di sini semalam bahawa berjoging boleh menyebabkan kecederaan kepada banyak orang.

Menerusi pemerhatian dan kajiannya, beliau berkata tidak banyak orang yang mempunyai bentuk serta keseimbangan yang betul pada keseluruhan tubuh mereka untuk berlari dan mereka yang ingin berlari perlu mendapatkan nasihat ahli fisioterapi sebelum berbuat demikian.

Oleh itu, katanya, sebab itulah hanya orang tertentu sahaja yang boleh menjadi pelari yang baik di dunia misalnya legenda pelari pecut Amerika Syarikat, Carl Lewis atau pelari Kanada yang menimbulkan kontroversi, Ben Johnson.

Ketika ditanya faktor yang dapat menentukan sama ada seseorang itu boleh berlari atau sebaliknya, beliau berkata perkara itu ditentukan oleh sudut kuadrisep (Q-Angle) yang diukur antara pinggang dan lutut.

Bains berkata bagi seorang lelaki, dia boleh menjadi pelari yang baik sekiranya Q-Angle berada pada 14 darjah, manakala bagi wanita pula adalah 17 darjah.

“Q-Angle Lewis dan Johnson berada dalam lingkungan itu dan kaki mereka agak lurus,” katanya.

Justeru, beliau berkata input daripada seorang ahli fisioterapi amat penting untuk menyesuaikan otot seseorang pelari supaya dia akan mempunyai postur badan yang betul untuk melakukan tugas itu.

Beliau juga berkata program kurikulum di sekolah seperti merentas desa perlu dikaji oleh Menteri Pelajaran dan Menteri Kesihatan memandangkan tidak banyak kanak-kanak yang mempunyai postur badan yang betul untuk berlari.

Selain itu, kanak-kanak terbabit mungkin tidak bersedia sepenuhnya untuk perlumbaan lari jarak jauh memandangkan mereka mungkin tidak memanaskan otot mereka dengan betul dan sesetengahnya mungkin tidakpun bersarapan, katanya.

Bains berkata menerusi kajiannya selama dua tahun terhadap 100 kanak-kanak berumur antara lapan dan 15 tahun, beliau mendapati hanya lima orang yang mempunyai stuktur tubuh sempurna untuk berlari.

Oleh itu, katanya, ahli fisioterapi diperlukan bagi menyaring keupayaan kanak-kanak untuk berlari agar kecederaan di kalangan kanak-kanak yang menjalani aktiviti kokurikulum dapat diminimumkan, begitu juga dengan latihan Khidmat Negara yang memasukkan larian sebagai satu daripada latihan di kem berkenaan.

Beliau berkata badan manusia direka untuk berjalan di atas pasir dan sebarang aktiviti berjalan atau berlari di atas permukaan yang keras akan menjejaskan buku lali, sendi malah tulang belakang dalam jangka panjang. - BERNAMA

Terkejut kan????? selalu kita akan mengambil jalan yang paling mudah dan menjimatkan untuk menyeimbangkan dan mendapatkan berat badan ideal. Apatah lagi kalau dah ada orang menegur berat badan kita. Tapi tanpa kita sedar kita sebenarnya tidak sesuai untuk berjogging. Jadi berhati2lah memilih cara/kaedah dalam menurunkan berat badan atau mengekalkan kesihatan...sebab itu saya tidak pernah advise anda2 semua untuk berjogging.

No comments: