Tahukah anda, untuk menurunkan berat badan, DISIPLIN DIRI itulah tunggak utamanya. Tanpa disiplin diri, berpuluh ribu dibelanjakan pun tidak akan mengekalkan tubuh badan yang sihat. Katakan anda mengambil pil untuk menguruskan badan, tapi pada masa yang sama, anda tidak mengawal pemakanan anda, juga tidak melakukan senaman yang sepatutnya, agak mustahil untuk anda melakukannya.
Terdapat beberapa produk yang mendapat sambutan hangat dikalangan pengguna. Dalam masa 4 bulan sahaja, seorang pengguna dapat menurunkan berat badan sebanyak 40 kg. Ya, ini tidak mustahil, tapi tahukah anda, tanpa disiplin diri yang kuat, tidak mustahil juga, berat anda akan naik 2 kali ganda untuk 4 bulan berikutnya. Ini dipanggil Kesan YOYO. Kesan yoyo pada masalah berat badan ini ialah, pengguna berupaya menurunkan berat badan pada masa yang singkat, tetapi tanpa disedari, berat badan juga meningkat dengan cepatnya.
Saya yakin, ramai di antara mereka yang cuba untuk menurunkan berat badan mereka, sudah pastinya pernah mendengar tentang pelbagai produk yang ada di pasaran. Saya mempunyai beberapa orang teman yang menggunakan pelbagai jenis produk . Ya, mereka berjaya menurunkan berat badan mereka dan mempunyai badan yang sihat dan ramping. Bagaimana itu terjadi? Sudah tentu mereka berdisiplin dan mengikut arahan yang ditetapkan oleh produk berkenaan. Saya juga mempunyai seorang rakan yang juga mengambil produk ini, tetapi tidak mempunyai disiplin dalam mengambil produk ini, oleh itu, dia tidak berjaya mendapatkan berat badan ideal yang diinginkan. Oleh itu, hendak saya tekankan disini, sebaik mana produk anda gunakan, semahal mana program kuruskan badan yang anda sertai, tetapi jika anda tidak disiplin, lupakan hasrat untuk menurunkan berat badan anda. Kerana anda hanya akan kekal cantik dan ramping untuk sementara waktu sahaja. Bukan untuk melemahkan semangat anda, tetapi, mulalah program anda dengan berjadual dan disiplin. Pasti anda bukan sahaja akan berjaya mengurangkan berat badan, malah anda akan dapat mengekalkan berat badan ideal anda itu.
Di sini saya sisipkan 8 cara yang boleh anda amalkan sebagai langkah pertama untuk menurunkan berat badan anda. Sekiranya anda berjaya disiplinkan diri anda dengan beberapa cara ini, bolehkan anda mencuba produk-produk yang sesuai yang berada di pasaran.
* Minum air kosong dengan banyak. Sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Banyak khasiat air kosong ini. Bukan sahaja untuk kesihatan badan, malah kesihatan wajah anda juga.
* Makanlah makanan yang sihat lebih kurang 90%. Walaupun begitu, anda masih boleh menikmati makanan ringan. Tapi ingat! Berpada-pada.
* Senam dan terus bersenam. Sekurang-kurang senaman yang anda boleh lakukan ialah selama 20 minit 3 kali seminggu. Tetapi, lebih banyak anda bersenam, lebih cerah untuk anda munurnkan berat badan anda dan mendapatkan tubuh badan yang sihat.
* Makan selalu. Jangan salah sangka, makan dengan kerap dengan kuantiti yang sedikit.
* Guna pinggan atau mangkuk yang kecil. Lebih kecil, lebih sedikit makanan anda. * Makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan dengan banyaknya.
* Tulis apa yang anda makan dalam sebuah buku nota kecil. Oleh itu, anda boleh kira berapa kalori yang anda ambil setiap hidangan. Cubalah disiplinkan anda hari ini, anda pasti berjaya!!

No comments:
Post a Comment