HALAMAN

Friday, July 8, 2011

AKUKAH GURU ITU

Renungan

Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.

Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang profesional dengan guru yang tidak; rujuk senarai semak berikut, dan marilah kita menukar sikap, persepsi dan posisi kita agar menjadi lebih perkasa dan berwibawa dalam melaksanakan tugas mulia sebagai seorang guru.

Guru yang Profesional
Guru yang tidak Profesional
Mula kerja awal pagi Mula kerja setelah loceng berbunyi
Sedia bergerak awal hari Sudah pun letih di awal pagi
Mengurus dengan merancang Mengurus dengan krisis
Ada perancangan & matlamat Ada berbagai alasan
Berpakaian secara 'profesional' Berpakaian selekeh
Guna waktu luang sebagai waktu Guna waktu luang mengumpat dan mengeji 'kerja'
Suka ikuti latihan kerana berikan perkem bangan profesional Komen tentang latihan dan pelik mengapa ianya perlu
Dalam mesyuarat mereka duduk di mana mereka boleh belajar Dalam mesyuarat mereka duduk di tepi pintu
Cari perkara-perkara untuk dipuji Cari perkara-perkara untuk dikomplen
Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan Salahkan orang lain bila sesuatu tidak berjalan
Sedia buat keputusan dan selesai masalah Bertanya "Apa patut saya buat?"
Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi dalam pendidikan Lihat pentadbir sebagai tempat melepaskan geram
Melanggan dan membaca jurnal profesional Fikir jurnal profesional sebagai membazir kan wang sahaja
Mendapat penghormatan setiap hari Merungut kerana tidak dapat penghormatan
Buat yang terbaik Buat apa orang lain buat
Kembangsuburkan kerjaya mereka Bimbang tentang kerja mereka

2 comments:

Muhammad Izuan said...

menarik. minta tunjuk ajar. sy guru permulaan...

tunz said...

selamat datang ke dunia pendidikan