HALAMAN

Tuesday, August 23, 2011

Pelajar bakal duduki UPSR putus jari akibat mercun

mercun bola


KOTA BAHARU: Seorang pelajar yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bulan depan menerima padah akibat mercun apabila jari telunjuk sebelah kanannya putus dalam kejadian tengah hari ini.
Pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sri Ketereh, Noor Saiful Muhammad, mengalami kemalangan itu di rumahnya di Kampung Laka, Ketereh di sini pada jam 1 tengah hari selepas pulang dari sekolah.

"Mercun bola yang saya gunakan itu meletup sebelum sempat saya lemparkan ke luar," katanya kepada pemberita di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Noor Saiful berkata dia ketika itu bermain mercun dengan menggunakan api yang dipasang melalui dapur memasak dan mahu melempar bahan itu di luar dapur.


"Bila meletup tiba-tiba tangan saya jadi kebas dan darah keluar dengan banyak lalu saya pun jerit meminta tolong," katanya.

Ketika kejadian, ibunya Siti Mariam Ibrahim, 52, sedang menggosok pakaian tanpa menyedari Noor Saiful secara diam-diam ke bahagian dapur untuk bermain mercun.

Akibat letupan itu juga ibu jari tangan dan jari tengah mangsa turut cedera.

Abang mangsa, Akif Shariffuddin, 17, berkata ketika kejadian hanya adik dan ibunya sahaja yang berada di rumah manakala bapa mereka Muhammad Ya, 53, bekerja.

Katanya Noor Saiful dihantar ibu dan jiran ke Klinik Ketereh sebelum dihantar ke hospital itu untuk rawatan lanjut.

"Sebelum ini tak pernah pula saya lihat adik bermain mercun tapi hari ini terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu," katanya.

Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata ini adalah kejadian ketujuh yang direkodkan oleh hospital itu akibat mercun.

"Keadaan adik Noor Saiful kini stabil," katanya. - Bernama

3 comments:

Adam Idris said...

pada pendapat saya, kes mercun ni tak payah dah nak bagi publisiti dekat berita/surat khabar, sebab tak ada kesan sangat pun dekat budak2, kan kan? hehe biarlah putus apepun lepas ni, rakyat Malaysia dah tak kisah dan tak pedulikkkk, siapa suruh main, kan? Esok lusa ade lagi la tu...

wow sorry komen dah macam entry blog sendiri, haha ! :)

tunz said...

hehehe.....x per komen jer...mama suker ler..betul....cam mana leh ada lagi mercun ni kan...ank2 mama pun main gak..tpi diawasi abahnya....tpi apa2 nk terjadi x kira masa kan

Abg Ijal said...

Saban tahun mmg ada kes! Apa kes ni?
Senang je, gubal je akta kat parlimen tu. Atau buat satu akta baru supaya sapa yg simpan mercun akan didakwa sebagai perbuatan jenayah- nama akta tu Akta Jenayah Pemilikan Mercun dan Bahan Letupan.Lepas ni sapa yang simpan mercun akan dianggap sebagai Penjenayah. Bunga api dikecualikan sebab kurang bahaya tapi jualan kena ada pemantauan. Anak-anak main, mak bapak kena ada.

Pergggh...senang je cakap ek. Alangkan akta jenayah besar macam mengedar dadah, membunuh dsb pun orang suka hati langgar. Tak takut apa pun. Makin melambak orang jadi pembunuh!

Ntahlah mama....penguatkuasaan tak berapa berkesan kut!