HALAMAN

Wednesday, September 28, 2011

Manusia Memang Pelupa

Memang telah menjadi lumrah, manusia merupakan makhluk yang pelupa. Masakan tidak, kekadang perkara yang mudah pun kita boleh lupa, ye tak? Agak-agaknya, siapa yang tahu cara untuk menguatkan daya ingatan?

Ada beberapa faktor yang memudahkan proses penghafalan yang perlu anda ketahui iaitu:
...
1. Bersungguh-sungguh dan berterusan dalam menghafal sesuatu.
2. Makan dalam kuantiti yang sedikit.
3. Bangun mengerjakan solat sunat di tengah malam seperti Solat Tahajjud.
4. Membiasakan diri membaca Al-Quran.
5. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W.
6. Amalan bersugi(menggosok gigi).
7. Amalkan minum madu, memakan kandarah (kemenyan putih) dan memakan anggur merah (kismis) sebanyak 21 biji setiap pagi sebelum memakan apa-apa.

Kemudian, sebab musabab yang menyebabkan melayu kita mudah lupa ialah:

1. Berbuat maksiat!
2. Banyak melakukan dosa.
3. Rindu dan tergila-gila terhadap hal keduniaan.
4. Memperbanyakan kesibukan bekerja dan kerinduan hati.
5. Memakan buah-buahan yang kecut.
6. Melihat orang disalib.
7. Membaca tulisan yang ditulis pada batu nesan.
8. Membuang kutu (di kepala manusia) yang masih hidup ke tanah.
9. Berbekam pada lekuk leher belakang.

Kesimpulannya, petua menguatkan daya ingatan ialah menjauhi perkara-perkara yang menyebabkan kita mudah lupa.

4 comments:

Abg Ijal said...

Ada lagi mama...
Kalau menurut pemerhatian atuk nenek kita dulu ada beberapa perkara lagi yang boleh menyebabkan kita jadi pelupa.

1. Minum air yg ada semut di dalamnya
2. Makan kepala ikan
3. Melihat kubur orang kristian
4. Melihat lambang salib

Nak percaya ke tidak ityu terpulang pada diri masing2 ye!

tunz said...

tq for sharing abg ijal

khairul said...

byk faktor2 penyebab pelupa rupanya

tunz said...

ye khairull..itu sbb kena elakkan apa2 yg boleh d elakkan.huhuhu