Seperti yang sudah sedia maklum, setiap bayi yang baru dilahirkan di Malaysia perlu menjalani atau mengambil suntikan imunisasi sebagai perisai kepada penyakit-penyakit yang berjangkit. Al-maklumla, bayi ni kan sangat lemah dan bagi bayi yang berusia kurang dari 6 bulan, masih tidak dapat membina antibodi sendiri. Jadi, suntikan imunisasi berperingkat ini seperti BCG wajib diambil. Dan biasanya, selepas disuntik, bayi akan mudah untuk mendapat demam. Jangan main-main dengan demam bayi. Kalau terlalu panas boleh jadi sawan dan akan meninggalkan kesan yang “tidak elok” seperti terencat di masa hadapan. Berhati-hatilah. Kalau suhu badan bayi naik, cepat-cepat tuamkan bayi dengar air sejuk. Lap kepala bayi, jangan bagi panas. Eh aku rasa macam aku dah agak menyimpang dari tajuk asal iaitu petua untuk elakkan bayi demam selepas disuntik. Hehe maaf. Di bawah gambar merupakan petuanya. Bak kata orang tua-tua la kan.
Banyak gunanya bawang kecil ni, selain menyedapkan makanan, ia juga boleh diguna sebagai ubat
Bayi selalunya akan demam selepas menerima suntikan pelalian. Untuk mengelakkannya, ambil sebiji bawang kecil dan sapukan pada bahagian yang disuntik sebaik sahaja selesai disuntik.
Mudah saja kan petua ni. Tapi aku tak tahu la sejauh mana keberkesannya sangat. Bagi aku yang sudah menjadi ayah ni, yang paling penting ialah lepas bayi kena suntik, ibu bapa perlu meluangkan masa yang penuh kepada bayi anda. They need your love and attention. Jagalah amanah yang diberi oleh Allah sebaik-baiknya dan didiklah mereka dengan tarbiyah Islam. Semoga anak-anak korang menjadi soleh dan solehah. Amin.
Sumber Rujukan: Majalah Pa & Ma Mei 2011
4 comments:
terima kasih,,nnati dah ada baby esok buleh le apply
betul tu..jgn dh luper pulak...
He he... lama dh x handle baby....masuk 8 thn dh..
sekali2 kena gak ulang kaji, kan!
abg Ijal>>>> kene jugak amik tau..mana lah tau...ada baby baru nanti kn senang....
Post a Comment