HALAMAN

Thursday, September 22, 2011

Tergelincir tengok ikan tilapia




BANDARAYA MELAKA - Seorang bilal terkilan tidak sempat menyelamatkan seorang warga emas, Soon Fee Lim, 67, yang dipercayai tergelincir ketika asyik melihat ikan tilapia di Sungai Melaka, berhadapan Kampung Morten, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, bilal Kampung Morten, Nizam Nismi, 42, berkata, sebelum kejadian dia mendengar suara seorang lelaki menjerit meminta tolong.

“Saya segera berlari ke arah sungai dan melihat tangan seseorang sedang terkapai-kapai.

“Saya dengar suara mangsa minta tolong dua kali dan saya nekad terjun untuk menyelamatkannya,” katanya.

Menurutnya, orang awam yang berada di tempat: keja_dian cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal selepas mangsa tidak lagi kelihatan dan tenggelam ke dasar sungai.

“Saya kemudiannya menghubungi polis memaklumkan kejadian ini,” katanya.

Seorang lagi saksi, Idawati Gapandoman, 34, berkata, sebelum kejadian dia melihat mangsa berdiri di tebing sungai kira-kira jam 9.30 pagi.

“Saya ada menegur mangsa tetapi dia memarahi saya dalam bahasa Mandarin, menyebabkan saya terus beredar kerana bimbang anak saya akan diapa-apakan olehnya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Razali Che Ari berkata, mangsa berjaya ditemui kira-kira dua meter dari tempat dia dilihat jatuh.

“Mayat mangsa ditemui selepas satu jam kemudian oleh enam anggota unit skuba dengan bantuan 10 anggota bomba yang lain,” katanya.

No comments: