HALAMAN

Sunday, October 23, 2011

Alahan Rhinitis (demam alahan)

Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara. Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan
jumlah ...
debunga di udara.

Tanda-tanda dan gejala
• Penghasilan mukus (lendir).
• Gatal-gatal di
o Tekak
o Hidung
o Mulut
o Mata
o Kulit
• Batuk.
• Sakit kepala.
• Hidung berair/Bersin.

• Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).

Rawatan
• Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.
• Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.
• Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.
See more

1 comment:

theflow said...

i selalu kena demam alahan!sob sob