Assalamualaikum,petang Isnin baru mama tunz dapat post entri yg baru ni..ada sedikit info jika anda ingin mengurangkan stress ..semoga sedikit byk dpt juga mengurangkan stress yg anda alami yer..... (1) Kacang
Kacang mengandungi magnesium, yang dapat membantu untuk mengurangkan lagi penghasilan hormon kortisol (hormon yang menjadi punca stress). Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya secara berlebihan keranan kacang mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
(2) Brokoli
Brokoli mengandungi asid folik yang turut membantu dalam mengurangkan stress.
(3) Manisan
Hormon stress juga dikaitkan dengan proses penyimpanan lemak dibahagian perut. Hanya dengan meletakkan sedikit manisan dibahagian lidah dapat membantu mengurangkan stress yang sedang dialami.
(4) Roti gandum beserta jam atau madu
Makanan yang kaya dengan karbohidrat dapat membantu untuk meningkatkan hormon serotonin ( hormon yang membantu untuk memperbaiki mood dan juga memberikan ketenangan kepada anda ).
(5) Ikan salmon
Asid lemak omega-3 membantu sel-sel otak anda berfungsi dengan lebih baik. Ia juga berkesan dalam mengurangkan stress yang sedang dialami.
(6) Coklat gelap
Coklat gelap mengandungi kandungan endorphin, yang membantu untuk meningkatkan lagi sistem otak serta mengurangkan stress.
(7) Susu
Khasiat didalam susu dapat membantu untuk mengurangkan lagi tekanan darah seseorang dan juga stress.
(8) Minum koko panas
Air koko panas membantu untuk meningkatkan suhu tubuh seseorang, yang memberikan rasa keselesaan dan juga turut meningkatkan fungsi otak.
(9) Minum teh
Satu kajian yang dilakukan oleh University College London menunjukkan seseorang yang minum teh empat kali sehari selama enam minggu dapat mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang menjadi punca stress.
(10) Minum air sejuk
Air sejuk dapat merangsang endorphin yang turut membantu dalam mengurangkan stress.

2 comments:
Coklat kakak paling suka hihi...
wah....kalau g langkawi mesti penuh 1 beg ngan coklat ni ek..hihihi
Post a Comment