HALAMAN

Sunday, November 13, 2011

PAKU BOLEH MENGAJAR KITA????

Assalamualaikum semua, mama nak kongsi satu cerita yang boleh sama2 kita ambil ikhtibar...jom baca..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah orangnya. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanyalah satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
...
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu," jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya daripada memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata, "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka yang nampak di mata."

Ingatlah:
Lajak perahu boleh diundur, lajak kata padah akibatnya.
Betullah kata orang, lidah adalah lebih tajam daripada bilah pedang.

4 comments:

Ungu Violet said...

iyer...lidah mmg lebih berbisa dr sebilah pedang....

hati2 lah bila berkata2..:)

Wilayah Sepet Kuku said...

as salam..

yea, teringat cerita cikgu saya dulu pasal paku..

lidah = bisanya sangat2 terasa..makan dalam..

caliph shuriken said...

bila marah mcm2 perkara buruk bole berlaku...

tunz said...

jgn diikutkan amarah tu...jaga tutur kata ..insyaallah semuanya berkat..