Assalamualaikum semua,
Ariana ...gadis pujaan dua jejaka , berperwatakan ceria walaupun adakalanya bertindak agak kasar dalam beberapa situasi yang dihadapinya. Antara Izudin dan Haji Fahmi, Ariana hanya mendambakan cinta kepada yang satu setelah kamus cintanya dicalar lelaki pendusta bernama Nazri. Ariana berjiran dengan pasangan Izudin dan Puan Dila yang sering berdepan dengan konflik rumahtangga. Ariana telah kehilangan ibu bapa tersayang yang terlibat dalam satu kemalangan ketika di tanah suci. Gadis ini begitu tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupannya meskipun terpaksa menanggungnya seorang diri.
Perhatian yang telah diberikan oleh Izudin kepada Ariana telah membuahkan bibit-bibit kasih sayang antara mereka walaupun pada mulanya hubungan itu hanya sekadar jiran tetangga. Kehidupan seharian Ariana berubah menjadi lebih ceria dan lebih bahagia dengan tindakan ‘nakal’ dan ‘berani‘ Izudin. Perpisahan Izudin dan isterinya lebih merapatkan lagi kemesraan mereka lebih-lebih lagi Izudin pernah menyelamatkan maruah Ariana daripada dicemar lelaki yang tidak dikenali di pantai.
Sudah menjadi lumrah dalam berkasih sayang, pelbagai dugaan terpaksa diharunginya sebagai ujian ketabahan dan kesetiaan mereka. Desakan daripada bekas isteri Izudin, kehadiran Haji Fahmi dan anak murid silat Izudin serba sedikit menggoyang bahtera kasih sayang mereka berdua. Sikap ambil berat yang ditunjukkan oleh Haji Fahmi telah menyebabkan Izudin rasa tercabar kelelakiannya.
Perselisihan semasa bercinta sudah menjadi satu kemestian bagi setiap pasangan.Ianya bagai rencah ratus dalam masakan. Begitu juga dengan perjalanan kisah cinta kasih antara Ariana dan Izudin. Rasa cemburu dalam diri masing-masing wujud walaupun Ariana sendiri masih belum melafazkan kata cintanya terhadap Izudin. Perasaan cemburu terpancar apabila Ariana dilihat bersama Haji Fahmi di sebuah restoran, di tempat letak kereta luar pejabat , mahu pun ketika Haji Fahmi menghantar Ariana pulang ke rumah. Tindakan Izudin hadir ke pejabat Ariana juga sedikit banyak menyatakan yang diri Izudin seakan tergugat dan tercabar dengan Haji Fahmi. Sikap ini mmbuatkan Ariana merasa tidak selesa kerana dia amat menghormati Haji Fahmi sebagai majikannya.
Dari awal kisah trilogi cinta kasih sayang ini, sehinggalah ke bab 57,klimaks percintaan Izudin dan Ariana ialah apabila Izudin menyatakan hasratnya untuk mengukuhkan hubungan bersama Ariana dengan mengikat tali pertunangan sebelum Ariana berangkat ke Labuan bersama Haji Fahmi atas urusan pekerjaan. Namun demikian, Ariana memohon Izudin agar tidak terburu-buru membuat keputusan tersebut. Akhirnya mereka menangguhkan hasrat suci tersebut.
‘Hadiah wang tunai beserta topup adalah tajaan MR.YIE.. Hadiah TOWEL, PEDOMETER, MOUSE PACK dan KLIK STAND adalah sumbangan dari blogger HALIF yang telah di syorkan oleh PUAN BEE..
6 comments:
alhamdulillah satu sinopsis yg membuatkan saya betul2 teruja dan sedikit merasa malu kerana seorang guru seperti mama sangup membaca novel hentaman saya yg hanya menggunakan bahasa santai..langsung tidak mengikut standard dewan bahasa..terima kasih mama sudi melibatkan diri dalam contest ini dan membaca novel saya walaupun ayat-ayat di dalamnya agak lintang pukang..hehehe
semoga berjaya
yang kata tag saya tu contest nih ke?
saya kurang faham lah
mrs yie>>>> best apa baca novel ni...berbaur mcm2 perasaan...kdg2 terasa muda lah pulak..hahahah....mama memberi sokongan kpd kawan2 blogger..walaupun jarak antara kita jauh namun dgn cara spt inilah akan merapatkan lagi ukhwah sesama kita..ada masa leh wat group gathering kan....
hans>>> yang tag tu bukan contest..entri sebelum ni...mama terfikir untuk buat contest la jugak hujung2 tahun ni kan....any idea?
sempat lg bernovel masa raya ni mama
tahniah juga mama tunz..hebat sipnopsis mama nie.salam kenal dan slmt hari raya!
Post a Comment