HALAMAN

Wednesday, December 7, 2011

5 tips bagaimana untuk menjaga hubungan

Assalamualaikum semua...jika u all menonton cerita 'tentang Dhia' di TV3 tadi....dialog dari suami kepada isteri yang baru dinikahinya...
 terharu nyer ayat ni (apabila suami menyebutkannya selepas solat berjemaah);
"sayang..abang tak tahu apa akan terjadi esok,..minggu depan,...tahun depan....10 tahun akan datang,
Yangg pasti abg akan meanyerahkn seluruh cinta & hidup abangg menjaga & menyayangi sayang! "

Tips-tips ini mestilah diamalkan agar keharmonian sesuatu perhubungan dapat dipertahankan.



  • Tips 1 : Saling Mempercayai
Setiap pasangan mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh pasangan anda.
Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si dia kepercayaan anda. Ianya adalah untuk kebaikan anda jua sebenarnya.
  • Tips 2 : Saling Memahami
Fahami diri pasangan anda. Terima dia seadanya. Tahu apa kekuatannya dan terima juga segala kelemahannya.
Sekiranya anda mengajak dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, tetapi dia menolak, cubalah fahami dia. Mungkin dia letih dan ada alasannya yang tersendiri untuk menolak ajakan anda. Atau mungkin dia ada masalah lain? Yang penting, jangan sangka buruk terhadap pasangan anda sebaliknya cuba fahami dirinya.

  • Tips 3 : Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan.
Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan.
Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.
  • Tips 4 :  Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.
Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu.
Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.”
Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada dia, anda minat pada dia, anda suka pada dia.
Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?
  • Tips 5 : Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.

Sudahkah anda mengamalkan semua 5 tips di atas dalam menjaga keharmonian perhubungan anda? Jika belum, beringatlah, anda mungkin bakal menghadapi masalah satu hari nanti…

sumber :pakarhow to