HALAMAN

Sunday, December 11, 2011

Panduan Cara Semulajadi Bagaimana Menghentikan Dengkuran

Assalamualikum semua, sebelum ni mama ada kongsikan 5 LARANGAN DALAM TIDUR.. kali ini juga berkenaan denngan tidur...jom kongsi info bermanfaat ini..

Anda mempunyai masalah berdengkur semasa tidur? Suami/Isteri ada berdengkur sehingga mengganggu anda tidur?

Ramai menganggap berdengkur merupakan perkara biasa. Ada yang berdengkur jika mereka betul-betul tidur nyenyak dan terdapat juga yang terus berdengkur walaupun baru terlelap hanya seketika.
Berdengkur adalah disebabkan oleh halangan di dalam saluran nasal berpunca daripada postur tidur yang tidak betul, pengumpulan lemak di sekitar muka dan leher serta berkemungkinan juga disebabkan oleh alahan.
Semasa sedang tidur, anda masih memerlukan pengaliran oksigen yang betul. Ini penting bagi mengurangkan kebarangkalian untuk berdengkur dan seterusnya mendapatkan rehat yang cukup setiap malam.
Tidur yang berkualiti dan betul-betul nyenyak boleh terganggu disebabkan oleh gangguan walaupun sedikit. Bagaimanapun, terdapat kaedah-kaedah atau cara semulajadi bagi menghentikan dengkuran.
masalah berdengkur
Terdapat beberapa cara mudah bagi membantu anda tidur dengan aman, nyenyak dan tanpa tabiat dengkur yang mungkin mengganggu orang lain. Berikut ini adalah beberapa kaedah atau cara yang boleh diamalkan dalam usaha menghentikan dengkuran.

1. Buat senaman otot-otot kerongkong dan rahang
Pernafasan akan menjadi lebih mudah jika anda mempastikan otot-otot leher, kerongkong dan rahang sentiasa dalam keadaan baik. Amalkan menarik nafas panjang bagi melapangkan laluan pernafasan anda dan ini mengurangkan risiko ia tersumbat semasa anda sedang tidur.
2. Berurut
Rehat yang secukupnya boleh mengendurkan otot-otot tubuh yang tegang dan membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak. Tetapi urutan dapat membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan pada otot-otot utama yang mungkin menjadi penyebab kepada kesukaran untuk tidur nyenyak yang anda perlukan.
3. Mengurangkan bahan-bahan alahan yang terdapat dalam bilik tidur
Alahan boleh mencetuskan dan menjadi penyebab kepada dengkuran dan menimbulkan kesukaran untuk bernafas. Pastikan cadar dan selimut anda bersih daripada habuk dan hama. Sentiasa pasang alat penapis udara sepanjang siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.
4. Tidur menggunakan bantal peluk
Postur tidur yang selesa dan betul akan membuatkan tulang belakang anda berada pada kedudukan yang betul. Cara ini juga akan mengurangkan halangan pada saluran ke paru-paru dan nasal. Tidur mengiring dengan meletakkan bantal peluk membantu anda mengekalkan posisi tidur yang sihat.
5. Pastikan jika anda alah pada sesuatu jenis makanan
Ramai yang tidak menyedari jika mereka alah pada sesuatu jenis makanan kerana ini juga boleh menjadi punca kepada halangan pada kerongkong dan saluran nasal. Cuba pastikan jika anda ada alah pada sesuatu jenis makanan dan cuba kurangkan pengambilan makanan jenis tersebut perlahan-lahan.
6. Amalkan teknik menarik nafas dalam-dalam
Dengan mempastikan anda tahu bagaimana hendak bernafas dengan betul dapat membantu anda mendapatkan rehat yang cukup dengan sendiri anda dapat mengamalkan corak bernafas yang sihat pada setiap malam. Oleh kerana anda tidak dapat mengawal pernafasan semasa tidur, latihan pernafasan yang anda sering lakukan membantu anda bernafas dengan betul semasa tidur. Meditasi dan pranayama merupakan latihan pernafasan yang bukan sahaja dapat membantu anda berhenti berdengkur tetapi anda akan berasa relaks dan lebih fokus.
7. Buat pemeriksaan tonsil
Satu daripada masalah atau halangan kerongkong ialah tonsil yang terlalu besar. Jika anda mempunyai situasi dengkur yang teruk, jumpa lah pakar dan buat pemeriksaan jika tonsil bengkak atau terlalu besar. Pembedahan boleh dilakukan bagi membuang tonsil tersebut agar anda tiada gangguan tidur lagi.
8. Kurangkan berat badan
Bagi mereka yang gemuk, sebaiknya turunkan berat badan kerana lemak yang terkumpul di sekitar kerongkong dapat dihindari. Cara ini bukan sahaja dapat membantu mengatasi masalah dengkuran tetapi anda akan dapat tidur nyenyak serta personaliti anda akan turut nampak lebih menarik dan memikat.

5 comments:

IntaNBerliaN said...

kdg2 tidur mmg terganggu dgn bunyi dgkuran..

tunz said...

siapa yg berdengkur tu???mmmm

Ticer Syah said...

encik somi kita pon suka dengkur.. tp dia tak caya..last2 masa dia sleep kita recordkan..akkakaka.. br nak caya.. tu pon caya tak baper sangat.. sabo je larr..akakka

Cho Zila said...

ha.... tang kurangkan berat badantu yang benarnyer....

Animexited said...

nice info visit me back!! http://animexited.blogspot.com