HALAMAN

Monday, January 30, 2012

Amalan @ doa mujarab untuk tenteramkan hati yang tengah panas

Nuffnang Ads


Dalam entri kali ni,  cuma nak kongsi 1 amalan @ doa untuk mententeramkan hati yang tengah panas. Doa ni  sesuai bagi anda yang mungkin terasa hati @ makan hati dengan geng-geng  yang mulut mereka mungkin sangat lazer dan menyakitkan hati.
Kepada  yang selalu kena umpat, kena keji, kena hina dan kena kata yang bukan-bukan dari orang lain. Tentunya hati korang panas dan sakit kan?

Haaa, ni lah amalan @ doa terbaik yang patut kita amalkan. Pendek saja doa ni. Ia diambil dari Surah Yassin ayat 76.

“ Maka janganlah Engkau (Wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.” (Yassin : Ayat 76)
Ayat ni dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah @ umpatan orang.
Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa; urut dada [dekat jantung] sambil baca ayat ini berulang kali mohon Allah tenangkan hati.
Sila hafal ayat ni dan makna dia sekali. Sambil baca, sambil urut di dada dan fahami maknanya. Yakin bahawa, Allah sedang mendengar aduan korang kepadaNYA dan mohon DIA tenangkan hati korang.

2 comments:

caliph shuriken said...

klau hati tgh panas, mmg x bole fokus keje..

*nice sharing ^^

syamilsynz said...

prkongsian yg baik...bila ade je kwn yg sakitkan hati dgn mulutnya, berdiamkan diri lebih baik dr melawan..insyaAllah..