Ramai wanita yang sanggup menggunakan cara mudah untuk mendapatkan badan yang cantik dan menarik. Walhal, cepat atau lambat bergantung kepada kesungguhan anda sendiri dan bentuk pola makanan yang anda ambil. Terdapat 3 jalan yang harus anda hindari dan elakkan daripada terjebak kepada pola makanan yang tidak sihat.
Mengurangkan kalori terlalu banyak
ini adalah jalan pintas yang sering digunakan oleh anda yang ingin cepat menurunkan berat badan. anda yang memilih cara ini akan membuatkan badan anda kelaparan kerana badan tetap inginkan jumlah kalori untuk proses2 tertentu. apabila kalori dikurangkan, ia memperlambatkan proses metabolisme dan lama kelamaan boleh menyebabkan proses pereputan tulang dan hipertermia.
pengambilan pil
kurang selera makan kerana pengambilan pil boleh menyebabkan penurunan berat badan dengan cepat dan risiko gangguan jantung. ingat, sesetengah pil telah ditarik balik kerana boleh membahayakan kepada pengguna. jadi, mengapa perlu anda melibatkan diri kepada masalah ini.
Trend terkini.
Sesetengah kawan anda menerapkan pola pemakanan yang bersesuaian dengan gaya masa kini. contohnya, mengamalkan diet karbohidrat menyebabkan anda turut sama melakukan diet ini. jangan terlalu mengikut kerana anda perlu tahu apakah program diet yang sesuai dengan tubuh anda? Atau jenis pemakanan yang boleh diterima oleh badan anda.
Kesimpulannya, berdietlah dengan apa cara sekalipun, tapi pastikan diet yang kita amalkan membuatkan badan kita langsing dengan sihat dan cukup nutrisi yang diperlukan. jangan sampai kita menahan2 selera makan dan jatuh sakit kerana itu. ingat, hidup ini hanya sekali...pilihlah apa yang terbaik untuk diri kita.
No comments:
Post a Comment