HALAMAN

Friday, August 19, 2011

Produk kosmetik Derma-Rx Arbutin-R Cream ada racun





KUALA LUMPUR: Pengguna dinasihatkan tidak menggunakan krim jenama Derma-Rx Arbutin-R Cream yang didapati mengandungi racun yang berbahaya kepada kulit.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Datuk Eisah Abdul Rahman berkata produk keluaran Sepanyol itu tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia selepas ujian menunjukkan ia mengandungi racuan berjadual, tretinoin dan hydroquinone.

"Penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Produk yang mengandungi bahan-bahan itu boleh membawa pelbagai kesan sampingan kepada pengguna dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.


Hydroquinone juga boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Eisah berkata syarikat yang bertanggungjawab terhadap produk itu diarah memberhentikan penjualan dan pembekalannya serta merta selain memanggil balik kesemua stok dari pasaran dalam temph 72 jam. - Bernama

5 comments:

Abg Ijal said...

Haddoii la mama.....makin lama makin susah org2 perempuan, kan. Tak menjaga diri nanti tak laku. Yg dh bersuami plk kalau tak menjaga diri nnti takut suami tak berselera pandang. Bila betul2 jaga sampai sanggup beli jenama yg mahal2 termasuklah yg pelik2, jd macam ni pulak yek!
Nasib baek la abg ijal ni lelaki, x byk yg perlu ditepek kt muka & kt badan ni!!!

So, hati-hatilah dlm bab ni, kena tau baca kandungan dalam setiap produk.

tunz said...

tau x per...lau lelaki pakai bedak sejuk jer le..haha
mama tunz gunakan yg berpatutan harga dan keluaran dlm negara jer....pastika suci dan tanpa was was kan....

Abg Ijal said...

Ada ke lelaki yg pakai bedah sejuk?? Ada lah tu kot! Tapi abg ijal x pernah langsung! Rasa pelik la pulak!

tunz said...

hei...ada le..lelaki yg dalam hati ada taman bunga tu..hahhah....Abg Ijal tu natural beauty la tu kan...hehheheh...

Abg Ijal said...

Haddoi la!
".lelaki yg dalam hati ada taman bunga"...seremmm!!

Ha, tu la org pun cakap gak abg ijal ni natural beauty (tak tipu)...dh macam kulit perempuan (yg ni tipu) pulak. Tapi OK la.. setakat ni hasil penjagaan rapi, bersih dan licin..(geli aku!)