SERDANG: Sekolah kerajaan aliran bahasa Inggeris tidak akan diwujudkan di negara ini kecuali jika berlaku perubahan dalam Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin.
Katanya, sebagai Menteri Pelajaran, beliau bertanggungjawab untuk melaksanakannya berdasarkan akta dan dasar itu yang antara lain menyebut bahawa menyatakan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan ialah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia.Beliau berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) yang dihadirinya di Paris awal minggu ini.
"Sebab itu orang Cina nakkan sekolah bahasa Cina, orang India nak dengan bahasa Tamil, begitu juga di Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelbagai bahasa," katanya semasa menjawab pertanyaan pada sesi dialog bersama pelajar sempena lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia di sini.
Muhyiddin berkata, usaha itu juga mampu memartabatkan bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan dan pada masa sama penguasaan bahasa Inggeris terus dipertingkatkan.
"Saya bertanggungjawab dalam mengubbal dasar, disebabkan itu ia masih hangat diperbincangkan sehingga kini, tetapi keputusan sudah pun dibuat bukan sebab tidak suka bahasa Inggeris tetapi kita mesti bersikap realistik.
"Ini kerana terdapat pelajar terutamanya di luar bandar yang langsung tidak tahu berbahasa Inggeris menyebabkan mereka sukar untuk menjawab soalan peperiksaan kerana lebih mahir dengan bahasa ibunda," katanya. - BERNAMA
6 comments:
tak setuju sekolah aliran inggeris..hantar je international school
yer la....ngada2 lah ..kalau nak sumer abis lah sistem pendidkan negara....
betul tu..buat apa nak buat banyak sangat aliran...
mantapkan bahasa ibunda, pertingkatkan penguasaan bahasa inggeris. ini sudah cukup.
setuju ngan cikguden....
khairil>>ye la...
boleh diwujudkan jika keperluan mendesak...
walaubagaimanapun, kita boleh contohi jepun n korea..mereka juga boleh berjaya dengan bahasa ibunda...
Post a Comment