HALAMAN

Friday, September 30, 2011

Sekolah kerajaan aliran Inggeris tidak akan diwujudkan: TPM

SERDANG: Sekolah kerajaan aliran bahasa Inggeris tidak akan diwujudkan di negara ini kecuali jika berlaku perubahan dalam Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Katanya, sebagai Menteri Pelajaran, beliau bertanggungjawab untuk melaksanakannya berdasarkan akta dan dasar itu yang antara lain menyebut bahawa menyatakan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan ialah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia.
"Kalau di sekolah swasta, itu lain ceritalah," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya mengenai permintaan pihak tertentu supaya kerajaan menubuhkan sekolah aliran bahasa Inggeris.
Muhyiddin juga berkata, bahasa yang lebih mudah untuk diajar kepada anak-anak khususnya di peringkat rendah adalah bahasa ibunda.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) yang dihadirinya di Paris awal minggu ini.

"Sebab itu orang Cina nakkan sekolah bahasa Cina, orang India nak dengan bahasa Tamil, begitu juga di Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelbagai bahasa," katanya semasa menjawab pertanyaan pada sesi dialog bersama pelajar sempena lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia di sini.

Muhyiddin berkata, usaha itu juga mampu memartabatkan bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan dan pada masa sama penguasaan bahasa Inggeris terus dipertingkatkan.
"Saya bertanggungjawab dalam mengubbal dasar, disebabkan itu ia masih hangat diperbincangkan sehingga kini, tetapi keputusan sudah pun dibuat bukan sebab tidak suka bahasa Inggeris tetapi kita mesti bersikap realistik.

"Ini kerana terdapat pelajar terutamanya di luar bandar yang langsung tidak tahu berbahasa Inggeris menyebabkan mereka sukar untuk menjawab soalan peperiksaan kerana lebih mahir dengan bahasa ibunda," katanya. - BERNAMA

6 comments:

IMANSHAH said...

tak setuju sekolah aliran inggeris..hantar je international school

tunz said...

yer la....ngada2 lah ..kalau nak sumer abis lah sistem pendidkan negara....

Unknown said...

betul tu..buat apa nak buat banyak sangat aliran...

Anonymous said...

mantapkan bahasa ibunda, pertingkatkan penguasaan bahasa inggeris. ini sudah cukup.

tunz said...

setuju ngan cikguden....

khairil>>ye la...

tnZackJ said...

boleh diwujudkan jika keperluan mendesak...
walaubagaimanapun, kita boleh contohi jepun n korea..mereka juga boleh berjaya dengan bahasa ibunda...