Assalamualaikum semua, malam ni ngah asyik BW mama masuk blog ni n terkejut..mari kita kongsi sama apa berita yg amat mengejutkan ini.
Dipetik dari facebook..DR Zainur Rashid Zainuddin, yang aku peliknya tiada plak heboh dalam media tentang pembinaan gereja ni, biasanya di Malaysia kalau tertinggi, terbesar, terkecil, termiskin, ter dan ter ter lagi..memang cepat berita ini tersebar...buat apa nak sorok-sorok...1Malaysiaaa...maaaa..
Bagi aku orang islam sibuk sangat berpolitik....dedah sana sini tentang aib orang itu dan ini...yang lain pulak sibuk pasal khawin 12 juta laa, hantu toyol laaaa...gosip sana-sini...tapi agama macam mana pulak weii.... Kepada semua khususnya mereka yang berstatus ulama, mufti dan mereka yang dibayar gaji...ambil bantal tidurrr semua lagi bagusslaaaa...
Apabila umat, ulama' dan umara' sepakat untuk tidur....
Calvary Church 6 tingkat ini bakal menjadi kompleks gereja yang terbesar di Asia dan kini di dalam proses pembinaannya di Bukit Jalil. Pada tahun 1972 dulunya, Keahliannya CC hanyalah seramai 120 orang tetapi kini telah menjangkau 7000+ di atas usaha gigih mereka.
Dengan motto 'PREACH' yang diimani dan dilaksanakan, maka hasilnya semakin terserlah ke hari ini.
P-Preach the Gospel to ALL nations
R-Research and publish materials on church leadership and missiology
E-Encourage and train pastors, leaders and missionaries
A-Assist churches in developing their missions program
C-Conduct evangelistic rallies, missions and church growth conferences
H-Help coordinate relief projects for humanitarian needs globally
Sudah menjadi sunnah alam bahawa hasil dan kejayaan hanya akan datang dengan usaha dan pengorbanan. Maka perkembangan ini tidaklah begitu mengejutkan sangat. Jangan tuding jari kepada mereka yang lain dengan berlakunya banyak kebocoran, keciciran dan kemurtadan di kalangan umat Islam tetapi tanyakanlah kepada diri kita sendiri tentang sumbangan kita kepada Islam yang diimani ini.
Toleransi agama bukan bererti bahawa semua agama itu sama tarafnya (pluraisme agama) dan ancaman agenda kristianisasi global harus ditangani secara teliti bersama-sama. Mengkritik dan menyalak kepada orang luar tidak lain dan tidak bukan, hanyalah semakin melondehkan kelemahan diri umat Islam sendiri.
Para pemimpin samada dari BN & PR, para alim-ulama, pemimpin NGO dan umat Islam yang prihatin dengan harga aqidah umatnya mesti terus bekerja bersungguh-sungguh untuk mempastikan agenda Islam terus diperjuangkan.
p/s: orang islam di Malaysia terlalu sibuk berpolitik....kita macam mana..kalau tanya aku/..apa sumbangan aku yer...hmmm atleast aku dah lama tak ke KFC dan Mc'D ..kira sumbangan kecil aku laaa tu...kalau aku ada kuasa lain plak sumbangannya...sebagai umat islam hentikanlah debat sana sini...yang akhirnya membawa perpecahan...yang rugi umat islam juga...kalau si A betul ikut laaa..kalau si B betul ikut jer laaa....jangan taksub..sokong ikut tajuk laaa brother, bukan ikut hawa nafsu....
Semoga sebagai Islam kita mampu memainkan peranan masing-masing..Allahu akbar!!
7 comments:
salam
jrg ke kl..mmg tak tahu
mama pun bru je tau ni...
mama ip sy kena banned kt shoutbox mama.isk3 :(
mmm..lama dh isu ni mama, namun panas kejap pastu tenggelam semula.. diorang mmg pandai ubah agenda... :(
thanks mama..kerana sudi sebarkan..agar semua celik mata sikit...bukan layan citer hantu bonceng jer..huhu
Ya Allah peliharalah iman kami...akhirilah hayat kami dgn kalimah La ilaha illallah...amin
baru tahu jugak pasal ni...kenapa tak pernah kecoh pun pasal ni...dan kenapa bina kat Malaysia..=_=
Post a Comment