Salah satu punca utama konflik rumahtangga yang terjadi adalah disebabkan oleh sikap para suami yang TIDAK MENGHARGAI ISTERI selayaknya.
Soalan :
Boleh tak terangkan sebab-sebab mengapa seseorang isteri itu MESTI dihargai?
Berikut ini saya senaraikan 7 sebab mengapa seorang isteri itu patut dihargai.
1) Kerana isteri menjadi dinding bagi seorang suami dari api neraka (suami terhindar dari perkara haram seperti zina dan sebagainya). |
2) Kerana isteri sanggup berkorban menyabung nyawa semata-mata untuk melahirkan zuriat buat suaminya. |
3) Kerana isteri menjadi penjaga rumah dan segala harta suami, semasa ketiadaan suami dan semasa suami keluar mencari nafkah. |
4) Kerana isteri sanggup bersusah payah, berletih bersusah menguruskan segala hal dan urusan dalam rumah. |
5) Kerana isteri menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anak. |
6) Kerana isteri sanggup abaikan nafsu malasnya dalam menyediakan makan minum untuk suaminya. |
7) Kerana isteri penghibur dikala sunyi, penerang dikala kelam dan penenang dikala tegang. Kerana isteri adalah pelengkap hidup suami. |
Sebenarnya ada banyak lagi sebab-sebab lain. Tapi cukuplah saya senaraikan 7 sebab tu.
Persoalannya sekarang ialah (soalan untuk para suami) ;
Adakah anda benar-benar menghargai isteri anda selama ini? Apakah yang anda lakukan bagi membuktikan bahawa anda sememangnya menghargai isteri anda?Kepada para isteri, jangan ingat suami saja kena hargai anda. Cuba tanya diri anda ;
Apakah selama ini anda sudah benar-benar memainkan peranan anda sebagai seorang isteri yang baik? Cuba muhasabah diri, layakkah anda dihargai suami sedangkan anda sering culas dan cuai dalam melayani suami anda sendiri???Sekian, sama-sama lah kita bermuhasabah diri. Betulkan apa yang tidak betul. Tulisan ni bukan nak tunjuk s baik, tapi untuk mengingatkan dan muhasabah diri kita juga
10 comments:
bagus info ini
sapa x sayang bini hoiii
Dalila hamid>>> sharing is caring
khairul>>> baguslah mcm tu...
takde suami so takde sape nak hargai kecuali anak2 kot..
saling menghargai..tu yang penting kan mama
Nak cari suami yang pandai menghargai...hehehe
info yang menarik..cikgu suka!
Betul3..Masing punya hati yang perlu dijaga agar bahagia..=)..
terima kasih atas info cekgu..;) KKO akan selalu ke sini
http://kedaikasperskyonline.blogspot.com/2011/12/refererx-bantu-tingkat-trafik-dan.html
nice info..tq for sharing
:')
Post a Comment