HALAMAN

Saturday, December 3, 2011

7 Sebab Mengapa Suami Patut Hargai Isteri

Assalamualaikum semua..kali ni mama nak kongsikan bersama dan semoga kita dapat mengambil  info sebagai pandual
 Salah satu punca utama konflik rumahtangga yang terjadi adalah disebabkan oleh sikap para suami yang TIDAK MENGHARGAI ISTERI selayaknya.
Soalan :
Boleh tak terangkan sebab-sebab mengapa seseorang isteri itu MESTI dihargai?
hargai lah isteri
Berikut ini saya senaraikan 7 sebab mengapa seorang isteri itu patut dihargai.

1) Kerana isteri menjadi dinding bagi seorang suami dari api neraka (suami terhindar dari perkara haram seperti zina dan sebagainya).
2) Kerana isteri sanggup berkorban menyabung nyawa semata-mata untuk melahirkan zuriat buat suaminya.
3) Kerana isteri menjadi penjaga rumah dan segala harta suami, semasa ketiadaan suami dan semasa suami keluar mencari nafkah.
4) Kerana isteri sanggup bersusah payah, berletih bersusah menguruskan segala hal dan urusan dalam rumah.
5) Kerana isteri menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anak.
6) Kerana isteri sanggup abaikan nafsu malasnya dalam menyediakan makan minum untuk suaminya.
7) Kerana isteri penghibur dikala sunyi, penerang dikala kelam dan penenang dikala tegang. Kerana isteri adalah pelengkap hidup suami.
tugas isteri
Sebenarnya ada banyak lagi sebab-sebab lain. Tapi cukuplah saya senaraikan 7 sebab tu.
Persoalannya sekarang ialah (soalan untuk para suami) ;
Adakah anda benar-benar menghargai isteri anda selama ini? Apakah yang anda lakukan bagi membuktikan bahawa anda sememangnya menghargai isteri anda?
Kepada para isteri, jangan ingat suami saja kena hargai anda. Cuba tanya diri anda ;
Apakah selama ini anda sudah benar-benar memainkan peranan anda sebagai seorang isteri yang baik? Cuba muhasabah diri, layakkah anda dihargai suami sedangkan anda sering culas dan cuai dalam melayani suami anda sendiri???
Sekian, sama-sama lah kita bermuhasabah diri. Betulkan apa yang tidak betul.  Tulisan  ni bukan nak tunjuk s baik, tapi untuk mengingatkan dan muhasabah diri kita juga

10 comments:

Dalila Hamid said...

bagus info ini

khairul said...

sapa x sayang bini hoiii

tunz said...

Dalila hamid>>> sharing is caring

khairul>>> baguslah mcm tu...

nyanyisunyi said...

takde suami so takde sape nak hargai kecuali anak2 kot..

puteri kasih said...

saling menghargai..tu yang penting kan mama

Nak cari suami yang pandai menghargai...hehehe

Teacher Basariah said...

info yang menarik..cikgu suka!

Warkahsiber said...

Betul3..Masing punya hati yang perlu dijaga agar bahagia..=)..

♥ ieRa ♥ said...

terima kasih atas info cekgu..;) KKO akan selalu ke sini

http://kedaikasperskyonline.blogspot.com/2011/12/refererx-bantu-tingkat-trafik-dan.html

Phat said...

nice info..tq for sharing

munirah said...

:')