HALAMAN

Thursday, December 29, 2011

Melembutkan Hati Anak dan Suami

Suami anda panas baran? Pemarah? Ego tinggi? Kaki pukul? Tak boleh dibawa berbincang?
Atau…
Anak anda degil? Tak mahu dengar kata? Melayan cakap orang tua?
Nah ni saya kongsikan cara berkesan bagaimana untuk melembutkan hati suami atau anak. InsyaAllah sekiranya diamalkan dengan istiqamah (secara berterusan), seisi keluarga anda akan lembut hatinya dan mudah mesra. Suami boleh dibawa berbincang, anak boleh mendengar kata. Amin… InsyaAllah…

Melembutkan Hati Anak dan Suami


Ketahuilah bahawa setiap makhluk ciptaan Allah itu mempunyai roh (perasaan) nya yang tersendiri. Termasuklah beras yang ditanak menjadi nasi.
Kita sebenarnya boleh menggunakan nasi sebagai perantaraan kita untuk mendapat barakah.
Caranya, mudah saja. Ketika kita membasuh beras, letakkan tangan di atas beras yang mengandungi air dan berselawat ke atas Nabi Muhammad, Rasulullah S.A.W. sebanyak 7 kali (atau lebih dengan bilangan yang ganjil).

Kemudian berdoalah…
“Ya Allah dengan berkat selawat kepada junjungan besar kekasih-Mu ya Allah, maka Kau lembutkanlah hati anakku dan suamiku sepertimana lembutnya beras menjadi nasi.”
Cubalah amalkan cara i ni (dengan istiqamah). InsyaAllah, berkesan. Yakinlah bahawa ALLAH pasti akan memperkenankan doa kita.
* Tambahan : Cuba juga amalkan zikir asmaul husna ; “Yaa Latiff” (Yang Maha Lembut). Memperbanyakkan memanggil dan menyeru nama Allah (al-Latiff) ini.

Sebutlah “Yaa Latiff…Yaa Latiff….Yaa Latiff…” sebanyak mungkin samaada ketika membaca doa ker, ketika memasak ker atau bila-bila masa saja.
Amatlah digalakan jika dapat berzikir sebanyak 1000x sehari (kalau mampu), tetapi kalau mampu buat lebih adalah tersangat digalakan. Yang penting, amalkan…dan dengan istiqamah. ;)
Selamat beramal…

13 comments:

IMANSHAH said...

terima kasih, moga lembut hati mereka

Kakzakie Purvit said...

Betul walau dengan sepatah kata Ya Latif ketika mendodoi anak, mahupun ketika membancuh air andai dijadikan zikir/doa insya-allah kelembutan itu akan diperolehi....

yuka said...

terima kasih dia tas tip ini..tapi yang merisaukan bila mengigau tersebut al latif takut suami ingat isteri tu ada skandal dengan orang nama latif pulak...hehhe...sori mama tunz yuka bergurau je

IntaNBerliaN said...

thanks mama tunz sbb berkongsi pasal ni.. elok kakalau dijadikan amalan kan... nanti saya nak amal la :-)

syiela said...

thanks.. moga dengan amalan ni akan melembutkan hati mereka

Unknown said...

moga lembut hati mereka semua dan family kekal bahagia

Bee said...

walau pun tk kuat melawan elok juga di amalkan ni kan ..

terima kasih untuk ilmu ni

Nur-nba said...

Bagus perkongsian ni.. Terima kasih Kak Tunz.

sal ya said...

info yg bagus.

Diari Si Froggie said...

bagus untuk diamalkan.. terbukti ayat2 al-quran sangat bermakna dan bermanfaat kan mama :)

tunz said...

mari kita amalakn selalu....moga berkat....insyaallah

whitecappuccino said...

tq for sharing ya..

yanmaneee said...

irving shoes
jordan retro
yeezy
yeezy boost 350 v2
supreme clothing
supreme sweatshirt
jordan 12
kobe 11
nike air max 270
converse outlet